Menyemarak Bakat & Displin Bakat Badminton

Sabtu 16 Mei 2015 : Perlawanan akan diadakan secara liga bermula 8.30am untuk semua pemain bagi menentukan pemain/acara yang akan disertai di Muadzam nanti.

Bil Pemain Daftar (14/5/2015)

Lelaki : 11 Pemain

Perempuan : 2 Pemain

Kuota Pemain : 2 Single Lelaki, 2 Pasangan Bergu Lelaki, 1 Single Perempuan, 1 Pasangan Bergu Perempuan & 1 Pasangan Bergu Campuran. (* Pemain boleh mencuba sertai lebih dari 1 acara tetapi jika terpilih pemain hanya akan bermain untuk satu acara sahaja.)

This slideshow requires JavaScript.

Tempat : Kompleks Rakan Muda Dong

Tarikh Kejohanan  : 16-17 Mei 2015 (Sabtu & Ahad )

16/5 (Sabtu) : Kej. Perseorangan Lelaki/perempuan

17/5 (Ahad) : Pemilihan Bergu (Lelaki/Perempuan) & Bergu Campuran untuk peserta yang melepasi suku akhir Kej. Perseorangan. ( Sila Daftar di Meja Urusetia semasa hari Kejohanan)

Acara : Single Lelaki/perempuan bawah 20 (Lahir 1995/selepas)

Mula Perlawanan : 8.00am

Tarikh Tutup Penyertaan : 11 Mei 2015 (Isnin pukul 5pm)

Yuran penyertaan : RM20.00

Hadiah : 1-3

Borang Penyertaan : BORANG PENYERTAAN

Info : https://raketraub.wordpress.com

Muat turun jadual : 14 Mei 2015

Kejohanan ini untuk mencari pemain untuk mewakili Raub bagi Kejohanan Remaja Pahang 2015 di Muadzam Shah pada 1-5 Jun 2015.

INFO KEJOHANAN REMAJA PAHANG 2015

Persediaan Pahang untuk mencari wakil ke SUKMA 2016 di Sarawak.

Tempat : Muadzam Shah / Venue Kej : ILP

Tarikh : 1-5 Jun 2015

Acara : 2 Single, 2 Bergu & 2 Bergu Campuran ( Lelaki & Wanita )

Borang Pegawai & Atlet : BORANG

Peraturan : peraturan

This slideshow requires JavaScript.

Tempat : Dewan Badminton Indera Mahkota

Tarikh : 23-25 April 2015

Penyertaan(lelaki) : 1 single bawah 9, 2 Single bawah 11, 1 Single bawah 15, 1 Bergu bawah 11 dan 1 Bergu bawah 15.

Pencapaian terbaik pusingan ke-2.

Penginapan : Homestay Beserah Kuantan.

 

This slideshow requires JavaScript.

Info Program

Nama : Klinik badminton SMD 2015

Tarikh : 1 April 2015

Tempat : Dewan SMD

Program bermula pukul 8.00 pagi dimulai dengan sesi pendaftaran pelajar. Pelajar terlibat adalah terdiri dari ahli Kelab badminton SMD. Pengisian klinik ini adalah melibatkan sesi motivasi kepada pelajar, asas dan teknik bermain badminton serta praktikal shadow.

Terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan program ini.

This slideshow requires JavaScript.

Surat PPD & Senarai Guru/Peserta :surat kej

Pergerakan : 10 Febuari 2015(Selasa)

Berkumpul di belakang Pasar Raub, jam 9.00am

Jam 10am Selasa, bergerak ke Pekan, terus ke SMK Seri Pekan untuk meninjau asrama penginapan. Dimaklumkan asrama penginapan berubah ke SMK Ahmad. Bergerak ke Hotel Pekan Budget. Menyewa 4 bilik hotel dan menginap juga di SMK Ahmad Pekan untuk lebih keselesaan.

Perlawanan pada hari Rabu bermula jam 8.20am, Thaneshkumar bertemu peserta Lipis dengan kemenangan 21-9,21-7 dan sebelah petangnya bertemu Pekan dengan kemenangan 21-16,21-7. Pada Hari Khamis perlawanan suku akhir dengan Kuantan, Thanesh tewas 21-13,21-12.

M.Haiqal tewas dipusingan 1 kepada peserta Maran 21-17,17-21,21-17.

Lok Wai Son terkandas di pusingan ke 2 kepada peserta Temerloh 21-15,21-19 dan sebelumnya berjaya menewaskan peserta tuan rumah dengan mata 21-17,21-14.

Bagi peserta perempuan pula,Shiew Poh Yie telah tewas pada pusingan 1 kepada peserta Temerloh dengan mata 21-6,21-5. Manakala Suriadila mendapat kemenangan percuma pada pusingan 1 dan tewas pusingan ke2 kepada Kuantan dengan mata 21-5,21-11. Nur Sakinah juga telah berjaya ke Pusingan ke 2 setelah tewas kepada Bera 21-16,21-10. Pusingan1 berjaya menewaskan Maran 21-14,21-13.

Bertolak pulang jam 1 pm (Khamis) ke Raub.

Banyak juga pengalaman baru yang diperolehi sepanjangan kejohanan kali ini baik dari aspek pengurusan pemain,pegawai & penginapan untuk penambahbaikan tahun hadapan.

This slideshow requires JavaScript.

Di Kompleks Rakan Muda Dong. Seramai 4 orang murid lelaki dan 4 murid perempuan dipanggil. Murid perempuan dari SJKC Sempalit tidak turut bersama kerana memilih permainan bola keranjang yang bertindih tarikh dengan Kej. Badminton MSSP 2015.

Setelah diadakan perlawanan secara liga, 3 murid lelaki telah dipilih memandangkan kejohanan MSSP 2015 hanya melibatkan 3 penyertaan single lelaki dan perempuan.

Senarai guru/murid menyertai latihan pusat : SENARAI GURU DAN PEMAIN LATIHAN PUSAT

Keputusan Penuh :DRAW&RESULT MSSD 2015

Laporan Kejohanan :Laporan Kejohanan Badminton MSSD 2015

Senarai peserta : Penyertaan MSSD 2015

Jadual Perlawanan : DRAW MSSD 2015

Tempat : Kompleks Rakan Muda Dong

Tarikh : 27-28 Januari 2015

Masa : 7.30am-1.30pm

Acara yang dipertandingkan

Perseorangan/Bergu Lelaki -(2/1 bergu) peserta

Perseorangan/Bergu Perempuan -(2/1 bergu) Peserta

*Pemain boleh sertai 2 acara.

Format Pertandingan : Kalah Mati dengan kiraan mata 30 terus.

Bulu tangkis perlu disediakan oleh sekolah bertanding dengan 2 biji bagi setiap peserta. Setiap bulu tangkis berharga RM5 dan boleh dibeli semasa kejohanan bagi penyelerasan jenis dan kelajuan serta untuk digunakan latihan pusat.

Tarikh tutup penyertaan : 23 Jan 2015 ( Jam 10.00am)Faks borang penyertaan ke 09-3501306 (SK Mahmud) dan sahkan faks dengan sms ke 010-9190 494.

Borang Penyertaan & Tentatif Kejohanan : BORANG PENYERTAAN BADMINTON MSSD 2015 & TENTATIF KEJOHANAN

Kemaskini Status Penyertaan :

1.SK MahmudPers.Lelaki(2)Bergu Lelaki(1)Pers. P(0)Bergu P(0)

2.SK Ulu Gali Pers.Lelaki(1) Bergu Lelaki(0)Pers.P(0) Bergu P(0)

3.Bkt Fraser Pers.Lelaki(2) Bergu Lelaki(2)Pers.P(0) Bergu P(0)

4.Cheroh Pers.Lelaki(2) Bergu Lelaki(0)Pers.P(2) Bergu P(0)

5.Sg Lui Pers.Lelaki(2) Bergu Lelaki(1)Pers.P(0) Bergu P(0)

6.Tersang3 Pers.Lelaki(0) Bergu Lelaki(0)Pers.P(2) Bergu P(1)

7.Sg Klau Pers.Lelaki(2) Bergu Lelaki(1)Pers.P(2) Bergu P(1)

8.SK Gali Pers.Lelaki(1) Bergu Lelaki(0)Pers.P(2) Bergu P(0)

9.C.Ching Pers.Lelaki(2) Bergu Lelaki(1)Pers.P(2) Bergu P(1)

10.Yuh Hwa Pers.Lelaki(2) Bergu Lelaki(1)Pers.P(1) Bergu P(0)

11.Rb. Indah Pers.Lelaki() Bergu Lelaki()Pers.P(2) Bergu P(1)

12.Pmh Kulat Pers.Lelaki(2) Bergu Lelaki(1)Pers.P(1) Bergu P(1)

13.Sempalit Pers.Lelaki(2) Bergu Lelaki(1)Pers.P(2) Bergu P(1)

14.TmlRaub Pers.Lelaki(2) Bergu Lelaki(1)Pers.P(2) Bergu P(1)

15.TersangKg. Pers.Lelaki(0) Bergu Lelaki(0)Pers.P(2) Bergu P(0)

This slideshow requires JavaScript.

Pagi 18/12, bertolak 5.30am dari Bkt. Pampong dan sampai ke Dewan Powerful Sport Arena Kepong jam 8.00am. 4 perlawanan terlibat dari pukul 9.00am-11.40am. Kiraan mata pertandingan hingga mata ke 11 sahaja 2 game. Semua pemain tewas pada pusingan pertama.

Jam 12.00pm, bertolak pulang dan singgah di AEON Kepong dan sampai ke Bkt Pampong semula jam 2.00pm.

This slideshow requires JavaScript.

Kejohanan ini akan diadakan di VS Sport Complex Kota Damansara. Seramai 4 orang akan menyertai Kejohanan ini bagi acara single bawah 11, bawah 15 dan bawah 17 (lelaki).

Pada 4 Dis 2014, jam 5.30am bertolak dari Bukit Pampong ke Lokasi Pertandingan dan tiba jam 8.00am.

M. Amer & Roszaimin tewas pusingan 1, M Haiqal & Ehsan tewas di pusingan 2. Petang Jumaat 5 Dis pulang semula ke Raub dan pergi ke Pertama Kompleks untuk membeli Raket.

Tiba di Pampong jam 10.30pm.

Beberapa kelemahan dikenalpasti melalui penyertaan kejohanan luar ini. Terpulanglah kepada pelatih untuk memperbaiki dan meningkatkan usaha untuk Kejohanan berikutnya di Kepong 16 Dis nanti.

Senarai peserta dan pendaftaran daftar

Berjumpa pula di Powerful Sport Arena 16 Dis nanti & Jamboree Mountain Bike Harian Metro di Kuala Kubu Bharu 27 Dis 2014!

This slideshow requires JavaScript.

Seramai 6 orang pelajar dan guru pengiring dari Raub telah menyertai kem ini. Bertolah dari Raub (7 Nov ) pada jam 11 am kerana ada murid yang masih menduduki peperiksaan lantaran hari Isnin cuti peristiwa kemenangan Pahang dalam piala Malaysia 2014. Melalui gambang dan Muadzam, tiba di Kompleks Rakan Muda jam 5.20pm dan terus mengikut slot pertama kem iaitu Ceramah pemakanan atlit dari ISN. Pada sebelah malamnya, slot motivasi bersama Dato Misbun Sidek bersama barisan kejurulatihannya.SENARAI PESERTA KEM NUSA MAHSURI RAUB
Pagi 8 Nov, jam 6.20 am berkumpul di dataran kompleks untuk aktiviti senam cergas dan seterusnya latihan gelanggang sehingga jam 5.30pm .
Pagi 9 Nov, jam 6.20 am juga berkumpul untuk aktiviti senam cergas dan aktiviti dalam gelanggang sehingga jam 12.00pm.phamplet kem badminton
Jam 2.00pm, balik ke melalui Pekan dan singgah di Kuantan untuk melihat Kejohanan Badminton MSKPP di SMK Astana. Pada malamnya kami menyewa homestay Kak Ani berhampiran BTPN Pahang dan Pantai Balok. 10 Nov jam 7.00am berjogging dan membuat shadow seterusnya sarapan/ mandi manda di sekitar Pantai Balok. Bertolak pulang kira-kira jan 11.00am dan singgah di Dewan Badminton Flex Pro Semambu dan menyewa 1 gelanggang selama 2 jam. Jam 1.30pm bertolak pulang ke Raub dan sampai kira-kira jam 5.30pm.sijil

Kontinjen Badminton Raub 2014 telah menghantar 2 Bergu Wanita, 1 Single Lelaki terbuka dan 2 Bergu Senior.  Pencapaian pada tahun 2014 adalah separuh akhir single lelaki dan Johan Bergu Senior.

This slideshow requires JavaScript.