Menyemarak Bakat & Displin Bakat Badminton

Archive for December, 2012

Kejohanan Badminton Future X-Plode Peringkat Kebangsaan 2012

39

http://www.kbs.gov.my/index.php/bm/component/content/article/2049-kejohanan-badminton-future-x-plode-kbs-nusa-mahsuri-jadi-medan-lahirkan-jaguh-negara

Kejohanan julung kali bagi murid yang pernah menyertai Kem Bakat KBS-Nusa Mahsuri telah diadakan pada 20-24 Dis 2012 di Institut Penilaian Negara Putra Jaya. Setiap peserta terpilih akan mewakili negeri masing-masing bagi acara single & double bawah 11 tahun & 13 tahun.

M. Akram & M. Syahir telah menyertai Kejohanan ini bagi acara double bawah 13 tahun. Mereka telah diundi dalam kumpulan J bersama Kedah dan Terengganu. Perlawanan pertama menentang Kedah, mereka telah tewas 30-14.

Pada sebelah petangnya, pasangan ini telah berjaya mengalahkan pasangan dari Terengganu 30-25. Namun, mereka gagal layak ke pusingan kalah mata kerana hanya Johan kumpulan yang layak. Sesungguhnya penyertaan di Kejohanan besar ini banyak memberikan pengalaman dan pengajaran kepada pemain dan jurulatih untuk kejohanan MSSP 2013.

Turut serta ke Kejohanan ini untuk menimba pengalaman ialah M. Zarif, M. Irfan & M. Amernuruddin.

This slideshow requires JavaScript.

Kejohanan Badminton Bawah 15 & 18 Tahun-Lelaki Raub 22-23 Dis 2012

Satu kejohanan Badminton bawah 15 & 18 akan diadakan pada 22-23 Dis 2012 di kompleks Rakan Muda Dong. Kejohanan ini diadakan dengan kerjasama Persatuan Badminton Raub & KBS Raub bertujuan mewujudkan satu pertandingan kompetitif bagi pelatih bawah 12 tahun MSSD Raub 2013 untuk momentum latihan & menimba pengalaman bertanding. Kejohanan juga diadakan bertujuan untuk mendapatkan dana sebagai persediaan team MSSD Raub ke kejohanan MSSP 2013 di Bera.

Pihak penganjur dalam proses mendapatkan penajaan. Semoga kejohanan ini akan berjaya diadakan sepertimana kejayaan menganjurkan kejohanan bawah 12 tahun pada 3 Nov 2012 yang lalu.

Terima kasih atas penajaan dan sumbangan untuk kejohanan lalu oleh pihak KBS Raub, Tunas Manja & PPD Raub.

Kem Bakat Badminton Nusa Mahsuri-Pahang 7-9 Dis

56 Orang pelatih akan menyertai kem bakat Nusa Mahsuri-KBS di Kuantan ( Persatuan Badminton Pahang di Indera Mahkota). Kem selama 3 hari bersama Coach Misbun Sidek ini diharapkan akan memberikan impak yang baik kepada pelatih-pelatih yang menyertai kem ini. Maklumat Lanjut kem ini boleh diperolehi di  http://nusa-mahsuri.com/  dan http://kembakatbadmintonkbsnusamahsuri.blogspot.com/2012/12/kem-bakat-badminton-ke-kuantan-7-9.html.

This slideshow requires JavaScript.