Menyemarak Bakat & Displin Bakat Badminton

Archive for November, 2014

KEJOHANAN FZ FORZA ATM 4-7 DIS 2014

This slideshow requires JavaScript.

Kejohanan ini akan diadakan di VS Sport Complex Kota Damansara. Seramai 4 orang akan menyertai Kejohanan ini bagi acara single bawah 11, bawah 15 dan bawah 17 (lelaki).

Pada 4 Dis 2014, jam 5.30am bertolak dari Bukit Pampong ke Lokasi Pertandingan dan tiba jam 8.00am.

M. Amer & Roszaimin tewas pusingan 1, M Haiqal & Ehsan tewas di pusingan 2. Petang Jumaat 5 Dis pulang semula ke Raub dan pergi ke Pertama Kompleks untuk membeli Raket.

Tiba di Pampong jam 10.30pm.

Beberapa kelemahan dikenalpasti melalui penyertaan kejohanan luar ini. Terpulanglah kepada pelatih untuk memperbaiki dan meningkatkan usaha untuk Kejohanan berikutnya di Kepong 16 Dis nanti.

Senarai peserta dan pendaftaran daftar

Berjumpa pula di Powerful Sport Arena 16 Dis nanti & Jamboree Mountain Bike Harian Metro di Kuala Kubu Bharu 27 Dis 2014!

Kem Badminton Nusa Mahsuri di Rompin (7-9 Nov 2014)

This slideshow requires JavaScript.

Seramai 6 orang pelajar dan guru pengiring dari Raub telah menyertai kem ini. Bertolah dari Raub (7 Nov ) pada jam 11 am kerana ada murid yang masih menduduki peperiksaan lantaran hari Isnin cuti peristiwa kemenangan Pahang dalam piala Malaysia 2014. Melalui gambang dan Muadzam, tiba di Kompleks Rakan Muda jam 5.20pm dan terus mengikut slot pertama kem iaitu Ceramah pemakanan atlit dari ISN. Pada sebelah malamnya, slot motivasi bersama Dato Misbun Sidek bersama barisan kejurulatihannya.SENARAI PESERTA KEM NUSA MAHSURI RAUB
Pagi 8 Nov, jam 6.20 am berkumpul di dataran kompleks untuk aktiviti senam cergas dan seterusnya latihan gelanggang sehingga jam 5.30pm .
Pagi 9 Nov, jam 6.20 am juga berkumpul untuk aktiviti senam cergas dan aktiviti dalam gelanggang sehingga jam 12.00pm.phamplet kem badminton
Jam 2.00pm, balik ke melalui Pekan dan singgah di Kuantan untuk melihat Kejohanan Badminton MSKPP di SMK Astana. Pada malamnya kami menyewa homestay Kak Ani berhampiran BTPN Pahang dan Pantai Balok. 10 Nov jam 7.00am berjogging dan membuat shadow seterusnya sarapan/ mandi manda di sekitar Pantai Balok. Bertolak pulang kira-kira jan 11.00am dan singgah di Dewan Badminton Flex Pro Semambu dan menyewa 1 gelanggang selama 2 jam. Jam 1.30pm bertolak pulang ke Raub dan sampai kira-kira jam 5.30pm.sijil

Kejohanan Badminton MSKPP (Guru & Staf) di SMK Astana Kuantan (9-11 Nov 2014)

Kontinjen Badminton Raub 2014 telah menghantar 2 Bergu Wanita, 1 Single Lelaki terbuka dan 2 Bergu Senior.  Pencapaian pada tahun 2014 adalah separuh akhir single lelaki dan Johan Bergu Senior.

This slideshow requires JavaScript.