Menyemarak Bakat & Displin Bakat Badminton

Archive for February, 2015

Kej. MSSP 2015 (10-12/2/2015) Pekan

This slideshow requires JavaScript.

Surat PPD & Senarai Guru/Peserta :surat kej

Pergerakan : 10 Febuari 2015(Selasa)

Berkumpul di belakang Pasar Raub, jam 9.00am

Jam 10am Selasa, bergerak ke Pekan, terus ke SMK Seri Pekan untuk meninjau asrama penginapan. Dimaklumkan asrama penginapan berubah ke SMK Ahmad. Bergerak ke Hotel Pekan Budget. Menyewa 4 bilik hotel dan menginap juga di SMK Ahmad Pekan untuk lebih keselesaan.

Perlawanan pada hari Rabu bermula jam 8.20am, Thaneshkumar bertemu peserta Lipis dengan kemenangan 21-9,21-7 dan sebelah petangnya bertemu Pekan dengan kemenangan 21-16,21-7. Pada Hari Khamis perlawanan suku akhir dengan Kuantan, Thanesh tewas 21-13,21-12.

M.Haiqal tewas dipusingan 1 kepada peserta Maran 21-17,17-21,21-17.

Lok Wai Son terkandas di pusingan ke 2 kepada peserta Temerloh 21-15,21-19 dan sebelumnya berjaya menewaskan peserta tuan rumah dengan mata 21-17,21-14.

Bagi peserta perempuan pula,Shiew Poh Yie telah tewas pada pusingan 1 kepada peserta Temerloh dengan mata 21-6,21-5. Manakala Suriadila mendapat kemenangan percuma pada pusingan 1 dan tewas pusingan ke2 kepada Kuantan dengan mata 21-5,21-11. Nur Sakinah juga telah berjaya ke Pusingan ke 2 setelah tewas kepada Bera 21-16,21-10. Pusingan1 berjaya menewaskan Maran 21-14,21-13.

Bertolak pulang jam 1 pm (Khamis) ke Raub.

Banyak juga pengalaman baru yang diperolehi sepanjangan kejohanan kali ini baik dari aspek pengurusan pemain,pegawai & penginapan untuk penambahbaikan tahun hadapan.

Latihan Pusat 5-6 Feb 2015

This slideshow requires JavaScript.

Di Kompleks Rakan Muda Dong. Seramai 4 orang murid lelaki dan 4 murid perempuan dipanggil. Murid perempuan dari SJKC Sempalit tidak turut bersama kerana memilih permainan bola keranjang yang bertindih tarikh dengan Kej. Badminton MSSP 2015.

Setelah diadakan perlawanan secara liga, 3 murid lelaki telah dipilih memandangkan kejohanan MSSP 2015 hanya melibatkan 3 penyertaan single lelaki dan perempuan.

Senarai guru/murid menyertai latihan pusat : SENARAI GURU DAN PEMAIN LATIHAN PUSAT