Menyemarak Bakat & Displin Bakat Badminton

Archive for April, 2012

Latihan di Kompleks Rakan Muda Dong-27 April

Setelah mendapat kebenaran dari KBS Raub bagi pengunaan Dewan Badminton & Asrama, latihan pra di Kompleks Rakan Muda Dong telah diadakan dengan hanya melibatkan 5 orang pelatih sebagai percubaan pertama untuk penyesuaian pergerakan, kemudahan dan sebagainya. Latihan bermula dari jam 6.00 petang. Rehat pada pukul 7.30-8.00 malam untuk mandi, solat maghrib dan makan. Latihan diteruskan sehingga pukul 10.oo malam. Pelatih kelihatan ceria dan bersemangat mengikut latihan, namun tidak cukup cergas menerima keseluruhan bebanan latihan yang diberikan.

Pengalaman latihan pertama ini, memberikan gambaran untuk melancarkan lagi latihan di sini kelak terutamanya melibatkan pelatih yang lebih ramai dari Raub untuk ke Dong.

 

 

Sesi Pemilihan & Latihan

Pada 18 April 2012, lebih 50 orang murid tahun 3-5 SK Mahmud hadir ke sesi pemilihan. Murid diterangkan dan ditunjukkan serba sedikit latihan yang bakal diikuti.

Pemilihan dibuat pada ujian berikutnya pada 23 & 24 April untuk melihat kesungguhan murid. Murid yang terpilih akan diberi surat tawaran dan kebenaran penjaga.

Sesi latihan juga telah dimulakan sempena Kejohanan Tertutup Raub pada 25 Mei depan sebagai persediaan untuk menyiapkan murid bersaing dalam pertandingan tersebut.

Latihan jogging pada selasa dan khamis seawal 6.30 pagi melibatkan laluan rentas desa pada pada 24 April mengambil masa 25 minit disertai oleh C.Zumi, C.Anuar, Akram, Syahir & Tg. Haikal.

Latihan di dewan Taman Mutiara pada petang selasa 3-5pm. Manakala latihan di Kompleks Rakan Muda Dong pada hari Sabtu 8.00am-12.pm.

Sekitar Kem Bakat Badminton KBS-Nusa di Melaka 13-15 April 2012

Penyertaan dalam klinik kejurulatihan yang lepas, telah memberi ruang kepada murid SK Mahmud menyertainya di Melaka melalui permohonan khas ke KBS Putrajaya kerana kem ini sepatutnya di khaskan kepada warga Melaka sahaja.

Penyertaan ini juga adalah untuk memberi pendedahan lebih awal memandangkan kem bakat peringkat negeri Pahang akan diadakan pada bulan Nov 2012.

This slideshow requires JavaScript.

Sekitar Klinik Kejurulatihan Badminton KBS-Nusa 9-11 Mac 2012

Melibatkan lebih 40 orang dari seluruh Malaysia diadakan di INSPENS Putra Jaya.

This slideshow requires JavaScript.

Mulanya di sini…

Bermula dengan menyertai Klinik Kejurulatihan Badminton KBS-Nusa Mahsuri di bawah bimbingan jurulatih Misbun Sidek di Putra Jaya pada 9-11 Mac 2012, kami bergerak untuk meralisasikan Kem Bakat Badminton SK Mahmud-KBS (Kompleks Rakan Muda Dong).