Menyemarak Bakat & Displin Bakat Badminton

Archive for May, 2012

Kejohanan Badminton Tertutup Raub 2012(25-27 Mei)

Kejohanan pertama disertai oleh pelatih M.Ikram dan M. Syahir.  Undian pada kejohanan kali ini tidak menyebelahi kerana kedua-dua pemain bertemu sesama sendiri di pusingan ke-2. M. Syahir telah layak ke suku akhir mengalahkan M. Akram.

Di suku akhir, M. Syahir telah bertemu dengan pilihan pertama kejohanan dan tewas straight set. Pada set pertama M. Syahir berjaya memberi tentangan hebat namun terkulai pada set kedua dengan permainan kemas lawan dan kesilapan-kesilapan mudah yang dilakukan oleh M. Syahir sendiri.

Banyak pengajaran yang diperolehi melalui penyertaan pertandingan kali ini. Pastinya persediaan dan latihan lebih rapi akan diteruskan untuk kejohanan lain kelak.

C. Zumi & C. Anuar juga menyertai pertandingan kali ini dan C. Anuar berjaya ke pusingan ke-2 dan terpaksa menarik diri kerana kesakitan di bahagian belakang badan.

 

Latihan Kem 3 (18-19 Mei 2012)

This slideshow requires JavaScript.

Latihan kali ini diteruskan selepas perlawanan persahabatan di SJKC Sempalit. Murid terlibat terus dibawa ke Kompleks Rakan Muda Dong. Latihan tertumpu kepada kelemahan pemain yang menyertai kejohanan tertutup Raub. Manakala pelatih baru latihan lebih kepada taktikal dan setting permainan.

Latihan sehingga 10 malam, murid kemudiannya mandi, makan, solat isyak dan tidur di asrama.

Keesokannya jam 6 pagi murid telah dikejutkan untuk mandi & solat subuh. Kemudiannya latihan jogging di sekitar Pekan Dong. Rehat untuk sarapan dan latihan dalam gelanggang diteruskan sehingga 10 pagi.

Satu pengalaman baru untuk kem kali ini kerana melibatkan pelatih tidur di Asrama Kompleks Rakan Muda akan melicinkan lagi program yang sama kelak dan bagusnya lebih banyak pengisian dapat diberikan.

Perlawanan Persahabatan dengan SJKC Sempalit 18 Mei 2012

This slideshow requires JavaScript.

Terima kasih kepada Cikgu Wong jurulatih SJKC Sempalit kerana sudi menerima pelawaan untuk perlawanan persahabatan ini. Melalui perlawanan ini banyak memberikan impak kepada program kejurulatihan disamping latihan persediaan untuk menghadapi Kejohanan Badminton Tertutup Raub pada 25 Mei yang melibatkan M.Syahir Sarimi & M. Akram Nasri bagi acara single.

Antara kelemahan yang dikenalpasti adalah serve, mengatur pukulan agar jauh dari lawan,  fokus  & kekuatan pukulan.

Perlawanan tamat kira-kira jam 5.30 petang dan pelatih terus dibawa ke Kompleks Rakan Muda Dong untuk Latihan Kem 3.

Latihan Kem 2 (4 Mei 2012)

Seramai 6 orang pelatih terlibat pada latihan kali ini bersama C. Anuar & C. Zumi. Latihan bermula 5.30pm-7.00pm dan bersambung 8.00pm-10.00pm.

latihan rutin dilakukan dengan penambahan latihan shuttle drill bagi mengasah kualiti pukulan pelatih yang baru.

Pelatih terdiri dari 1 murid tahun 6, 3 murid tahun 5 dan 2 orang murid tahun 4.

Kemudahan asrama berhampiran yang disediakan di Kompleks Rakan Muda Dong sungguh selesa untuk pelatih & jurulatih mandi, berehat, solat & makan.