Menyemarak Bakat & Displin Bakat Badminton

Archive for May, 2014

Kej. Badminton Kids N 9 24-25 Mei 2014

Seramai 3 orang telah dihantar ke Ke Kejohanan ini termasuk beberapa murid dari Sg. Ruan.

Murid yang terlibat adalah M.Idham Che Lah 11 tahun (SK Mahmud) -pusingan awal, M.Haiqal Zulkarnain 10 tahun (SK Ulu Gali)-pusingan ke-2 dan M.Irfan Arif 12 tahun(SK Raub Indah)-Suku Akhir.

Semoga pendedahan ini, akan menguatkan lagi mental murid untuk terus berlatih lebih gigih untuk bersaing dengan peserta yang lebih kuat dari aspek kemahiran dan kekuatan fizikal untuk terus memberi saingan di kejohanan mendatang kelak.

Kehadiran di kejohanan ini, telah menguatkan lagi kolabarasi dengan team dari Sg. Ruan dari aspek kejurulatihan dan sparing patner antara murid.

This slideshow requires JavaScript.

 

 

Kejohanan MSSP di Rompin 15-17 Mei 2014

Kontinjen sekolah rendah Raub telah menghantar seramai 8 peserta dan 3 guru dalam kejohanan ini bagi acara single dan bergu lelaki/perempuan bawah 12 tahun.

Pencapaian pada tahun ini merosot berbanding tahun lepas di mana pencapaian terbaik adalah bagi acara single lelaki di peringkat suku akhir, Tee Lian Seng telah tewas 21-19,21-19 kepada pemain Bentong dan bagi acara bergu lelaki, Thanesh/M. Irfan telah tewas di suku akhir kepada pasangan Kuantan (21-19,21-17).

Pemain perlu diberi lebih pendedahan kejohanan luar dan meningkatkan latihan fizikal untuk meningkatkan kematangan permainan semasa perlawanan. Bagi acara bergu, latihan bersama perlu lebih awal untuk lebih keserasian.

This slideshow requires JavaScript.

Sirkit Remaja Pahang di Semambu Kuantan 8-11 Mei 2014

Bersama Persatuan Badminton Raub membawa murid sebagai pemanas badan untuk Kejohanan MSSP Rompin dan memberi pengalaman kepada beberapa pemain baru kerana Kejohanan melibatkan kategori bawah 9-12 tahun. Antara yang terlibat : M.Iman Hakim Tajuldin(tahun 3-SK Mahmud), M.Ideham Che Lah (Tahun 5-SK Mahmud), M.Irfan Md Ariff(Tahun 6-SK Raub Indah) & Thanesh Kumar(Tahun 5-SK Tamil Raub) dan beberapa pemain dari SJKC Sempalit.

M. Ideham telah tewas pada pusingan pertama 21-18,21-19, M.Iman telah mendapat w/o pada pusingan pertama dan kedua namun tewas pada suku akhir pada pemain pilihan no.1 kejohanan dengan mata 21-5,21-3.

Semoga penyertaan pada kejohanan ini dapat memberikan pengalaman dan keserasian bergu Thanesh & Irfan yang tewas di suku akhir bagi acara bergu bawah 13 tahun bagi menghadapi MSSP di Rompin. Dan semoga pemain baru dapat pengalaman baru menyertai kejohanan luar bagi menguatkan mental dan mengurangkan rasa gemuruh semasa bertanding kelak.

This slideshow requires JavaScript.

Latihan Pusat 5-9 Mei 2014

Kontinjen Sekolah Rendah MSSD Raub telah mengadakan latihan pusat pada 5-9 Mei 2014 di kompleks Rakan Muda Dong sebagai persediaan ke Kej. MSSP di Kuala Rompin pada 14-17 Mei 2014.

This slideshow requires JavaScript.

 

Kejohanan 2014

8-11 Mei 2014 – Kejohanan Flex Pro-Sirkit Remaja Negeri Pahang di Kuantan -Bawah 9 & 11 Lelaki ( Single).

14-17 mei 2014 – Kejohanan Badminton MSSP di Kuala Rompin-Bawah 12 Lelaki & Perempuan ( Single & bergu).

24-25 Mei 2014 – Kid Badminton Tornament N.Sembilan-Bawah 10 & 12 Tahun. http://www.malaysiabadmintontournament.com/tournaments.php

5-8 Jun 2014- FZ Forza – ATM Badminton Challenge 2014 di Kota Damansara, Selangor-Bawah 12 Lelaki (Single).http://www.malaysiabadmintontournament.com/tournaments.php